赛派号

单反最多能拍摄多长时间的照片 Syed Hussien angkat sumpah sebagai Adun Mahkota

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Iskandar Puteri hari ini.

Syed Hussien, 40, ketika mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau bersumpah akan menyempurnakan kewajipan sebagai Adun dengan tulus dan ikhlas.

“Saya juga bersumpah akan memelihara dan mempertahankan undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor,” kata Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota Sabtu lepas, Syed Hussien yang mewakili Kerajaan Perpaduan memperoleh kemenangan bergaya dengan majoriti besar 20,648 undi, jauh meninggalkan pencabar daripada Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar meraih 7,347 undi.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sementara itu, DUN Johor turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Sharifah Azizah sebelum memulakan sidang berkenaan.

“Dukacita dimaklumkan Allahyarhamah Sharifah Azizah mula berkhidmat sebagai Adun Penawar pada 2018 hingga 2022 dan ADUN Mahkota pada Mac 2022 hingga beliau kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 2024. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Mohd Puad.

Pada Pilihan Raya Negeri 2022 Sharifah Azizah, yang juga bekas Ketua Wanita Umno Johor menang dengan majoriti 5,166 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (PN) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

- Bernama

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

版权声明:本文内容由互联网用户自发贡献,该文观点仅代表作者本人。本站仅提供信息存储空间服务,不拥有所有权,不承担相关法律责任。如发现本站有涉嫌抄袭侵权/违法违规的内容, 请发送邮件至lsinopec@gmail.com举报,一经查实,本站将立刻删除。

上一篇 没有了

下一篇没有了